Jumaat, 23 Mac 2012

KAMILIA NAK TUNJUK HEBAT TAK KENA TEMPAT

Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Kamilia rupanya bukanlah seorang ahli politik yang benar-benar hebat.

Datuk Kamilia semalam dalam akhbar The Star telah meminta supaya Datuk Seri Shahrizat Jalil melepaskan jawatan ketua pergerakan wanita UMNO Malaysia.

Akibat dari kenyataan yang mungkin dianggap oileh Kamelia sebagai tindakan berani itu, lima orang ketua pergerakan wanita UMNO negeri menempelak beliau.

"Siapa dia (Kamilia) suruh Datuk Seri Shahrizat lepas jawatan. Beliau menang bertanding (jawatan ketua Wanita).

"Kita pusing seluruh seluruh negara, ramai wanita keluar (memberi sokongan) kepada perdana menteri dan Datuk Sharizat... Kalau dia (Kamilia) tak sabar, berlawanlah (nanti)," tegas Ketua Wanita Umno Pahang Datuk Rosni Zahari.

Sementara itu, empat ketua Wanita negeri - Melaka, Negeri Sembilan, Johor dan Kedah - menegaskan Wanita di negeri mereka memberi sokongan penuh kepada Shahrizat demi menjamin kemenangan BN dalam pilihan raya umum akan datang.

"Dekat dengan pilihan raya, Kamilia jangan buat hal. Jangan jejaskan keyakinan (rakyat) terhadap parti... Wanita perlu bekerja kuat untuk menangkan Umno dan BN," tegas Ketua Wanita Melaka Datuk Rubiyah Ali.

Ketua Wanita Umno Kedah berkata Datuk Maznah Abdul Hamid membidas Kamilia yang katanya, sepatutnya merujuk kepada exco dan ketua wanita negeri terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan khususnya berkaitan isu NFC.

"Waktu-waktu begini, kita sepatutunya merapatkan hubungan, bukan tikam daripada belakang... Shahrizat tidak pernah kata apa-apa dekat dia," katanya.

"Kita memberi sokongan kepada beliau (Shahrizat) untuk terus berjuang demi mencapai impian presiden Umno supaya bekerja bagi memenangkan parti," kata Ketua Wanita Negeri Sembilan Datuk Norhayati Omar.

Manakala Ketua Wanita Johor Datuk Sharifah Azizah Syed Zain menyifatkan kenyataan Kamilia itu sebagai "suara sumbang" yang tidak mempunyai kaitan dengan perjuangan pergerakan itu.

Tindakan berani Kamilia nampaknya memakan diri, untuk bertanding pada pemilihan akan datang nampaknya sudah tidak ada harapan menang kepada beliau. Lupakan niat untuk menjadi ketua pergerakan wanita buat selam-lamanya.

Tiada ulasan: