Selasa, 20 Mac 2012

DEWAN PEMUDA PAS TAK SEDAR MALAYSIA NEGARA BERBILANG KAUM DAN AGAMA

Dalam Harakahdaily hari ini Dewan Pemuda PAS Pusat (DPMM) melahirkan rasa terkejut apabila kes yang dikatakan menggemparkan negara tentang pembunuhan adik Nadirah dan kes penculikan seorang gadis 14 tahun yang dikatakan dijadikan sebagai pelacur di Thailand.

DPMM melalui Ketua Penerangan mereka berkata isu dan kes ini menampakkan kegagalan kerajaan dalam menerapkan nilai-nilai keagamaan kepada rakyat. Betul ke tu?

DPMM perlu sedar tentang apa yang mereka perkatakan sebenarnya. Sangkakala bukan menidakkan hukum Allah adalah hukuman terbaik, tetapi ianya perlu dikaji dan diperhalusi. Jika Malaysia hanya diduduki atau dihuni oleh orang islam semata-mata, mungkin mereka boleh berkata begitu. tetapi Malaysia mempunyai penduduk serta rakyat yang berbilang kaum dan agama.

Semua agama didunia menjurus kepada keharmonian dan menekankan supaya penganut agama berkenaan tidak melakukan perkara-perkara yang tidak baik. Tetapi jika seseorang itu bertindak melakukan sesuatu yang buruk itu adalah kehendak mereka secara peribadi.

Jika kerajaan menekankan tentang kebaikan serta keagamaan sekalipun dengan menjatuhkan hukuman mandatori dan sebagainya, belum tentu rakyat negara ini akan menjadi baik sebaik-baik manusia dengan mengatakan kadar jenayah dapat dihapuskan seratus peratus.

Kita bayangkan di Kelantan yang telah ditadbir oleh kerajaan PAS yang mana kerajaan tersebut menekankan bahawa mereka adalah kerajaan Islam, masih ada lagi kadar jenayah dan masih ada juga aktiviti pelacuran disana. Tidak cukup dengan itu, kita perhatikan pula berapa ramai rakyat dari Kelantan yang menyeberangi sempadan untuk berseronok atau berpoya-poya di negara jiran.

Adakah PAS berjaya untuk mendidik rakyat di negeri tersebut menjadi baik dan mengurangkan kadar jenayah di negeri tersebut?

Sangkakala tidak nampak perkara itu berlaku dalam pemerintahan PAS di Kelantan. Malah masih ramai anak-anak gadis Kelantan yang berkerja sebagai GRO dan sebagainya. Adakah didikan agama kerajaan Kelantan juga gagal?

Jenayah berlaku dimana-mana dan perkara ini tidak boleh hanya ditujukan kepada kerajaan yang memerintah negara, kerajaan negeri juga perlu bertanggungjawab lebih-lebih lagi ibu dan bapa yang bertindak mencorak masa depan anak-anak mereka.

Jadi bagi Sangkakala, kenyataan Dewan Pemuda PAS ini boleh dikatakan ditakuk lama dan tidak tahu apa terjadi di sekeliling mereka.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Apa yang Pashit tahu....hanya menudoh orang lain....sedangkan bontot sendiri penuh dengak taik. Cakap tak serupa buat.

Tanpa Nama berkata...

aku nak tambah sikit. Nak dekat PRU ni, ada saja yg nak wat kenyataan. Sampaikan tak sedar, yg kuar dr mulut depa tu menggambarkan mentaliti lemah, jumud, rendah, sempit diri sendiri etc.
Harap rakyat m'sia ada sikap pemikiran analitikal. Jgn percaya apa puak ni cakap, kaji dulu.