Selasa, 13 Mac 2012

ANAK MUDA SOKONG UMNO DAN BARISAN NASIONAL

Hari ini Sangkakala hendak menyangkal tuduhan yang kononnya anak muda Malaysia akan menghukum UMNO dan Barisan Nasional seperti yang telah dilaporkan oleh media pakatan rakyat keadilandaily semalam.

Apa yang Sangkakala lihat kini, sokongan anak muda lebih menjurus kepada UMNO serata Barisan Nasional berbanding dengan PAS, PKR mahupun DAP.

Sangkakala berani menyatakan begitu setelah Sangkakala melihat sendiri sokongan dan dorongan yang diberikan oleh anak-anak muda Malaysia terhadap program-program yang dijalankan oleh pihak kerajaan kini mendapat sambutan yang begitu memberangsangkan tambahan pula dengan pengiktirafan kerajaan bahawa golongan muda dan belia adalah benteng barisan hadapan kerajaan.

Ini juga telah menjadi ketakutan kepada Pakatan Rakyat hingga baru-baru ini mereka telah mengeluarkan kenyataan tetapi tidak mendapat perhatian apa bila Naib Presiden PAS- Datuk Mahfuz Omar menyelar Kementerian Belia dan Sukan dengan mengatakan bahawa Kementerian itu mengeluarkan dana untuk Datuk Dr Hasan Ali yang juga bekas ahli PAS memberi ceramah di seluruh tanah air.

Isu yang dikeluarkan oleh Naib Presiden PAS itu langsung tidak menerima respon dari belia kerana para belia berangapan bahawa isu itu adalah fitnah secara terang-terang oleh PAS.

Apa yang para belia nampak kini ialah kerajaan dengan ikhlas membantu para belia dari pelbagai sudut dan ianya adalah satu kebaikan yang perlu diterima oleh para belia.

Jadi Sangkakala berani katakan disini bahawa golongan muda hari ini tidak akan menghukum kerajaan sewenang-wenangnya bahkan pemuda seta para belia tanah air akan menghukum kerajaan di negeri-negeri yang diurus tadbir oleh kerajaan Pakatan Rakyat seperti Selangor, Pulau Pinang serta Kedah termasuklah juga Kelantan yang teh ditadbir oleh PAS tetapi tidak menampakkan kemajuan untuk belia.

Tiada ulasan: