Rabu, 14 Mac 2012

AHLI PARLIMEN PERSENDA KEMATIAN DIRANG

Al-fatihah untuk arwah adik Dirang yang dijumpai mati dibunuh kemudian dibakar kelmarin.

Seluruh rakyat Malaysia mengecam tindakan kejam pembunuh tersebut yang tidak mengenal erti kemanusiaan.

Tetapi apa yang lebih mengecewakan apabila Ahli Parlimen Kota Raja Klang seolah-olah mempolitikkan kematian arwah dengan mengatakan negara ini tidak selamat.

Pembunuhan boleh terjadi dimana-mana dan bila-bila apabila manusia itu hilang sifat kemanusiaan. Ini tidak ada kena mengena sepertimana yang di dakwa oleh Ahli Parlimen tersebut dengan mengatakan dimanakah tempat paling selamat.

Ahli Parlimen PAS itu semalam bercakap di luar Parlimen seolah-olah mengatakan Malaysia ini antara negara yang paling tinggi kadar jenayah, sedangkan banyak lagi negara-negara lain yang mempunyai kadar jenayah paling tinggi berbanding Malaysia.

Apa maksud beliau berkata begitu? Adakah isu kematian seperti ini juga PAS ingin ambil kesempatan untuk menyalahkan kerajaan?

Negara ini masih lagi selamat jika dibandingkan dengan negara lain kerana negara ini tidak mengalami letupan bom dan sebagainya, kita patut bersyukur kerana itu.

Sangkakala juga melihat seperti ahli parlimen tersebut seperti tidak dapat menerima qada dan qadar serta ketentuan Allah SWT. Beliau sepatutnya tahu bahawa jika duduk dirumah sekali pun sekiranya Allah sudah menentukan bahawa suatu kejadian akan berlaku maka ianya tetap akan berlaku.

Jadi Sangkakala harap sangat kematian arwah adik Dirang janganlah dipolitikkan, lebih afdhal rasanya jika kita semua membacakan al-fatihah untuk arwah dan berdoa agar ibu bapa serta keluarga dapat menerima kematian arwah dengan redha.

3 ulasan:

Assassin Cyber berkata...

Pinjam Artikel Bro...

Tanpa Nama berkata...

HamPAS lagi bangkrap mental. Itu kualiti pembangkang dinegara ini.

SUTERA WAJA berkata...

Kita kena bermuhasabbah bagaimana untuk memperbaiki segala kelemahan yang ada pada diri kita dan kerajaan khususnya. Orang Islam tidak akan masuk kali kedua didalam lubang yang sama kerana kita diberi akal fikiran. Rjuk hadis nabi.... wallahuaklam.