Rabu, 29 Februari 2012

PEMILIK AKAUN LAMAN SOSIAL NEGARA JIRAN JANGAN SIBUK

Sangkakala mendapat maklumat dari seorang rakan yang menghantar link facebook kepada Sangkakala melalui bbm sebentar tadi.

Ini semua adalah rentetan dari pada pembatalan konsert penyanyi perempuan Amerika Syarikat Erykah Badu yang telah menunjukkan tatto di bahagian dada beliau dan telah di keluarkan oleh akhbar The Star.

Sila buka link ini http://www.facebook.com/notes/lash-mokhtar/isu-tattoo-allah-erykah-badu/10150638264913830

Setelah Sangkakala baca apa yang terdapat dalam wall si pemilik akaun jelas menunjukkan bahawa beliau tidak menghormati sensitiviti rakyat Malaysia yang mana kesemuanya tidak suka dan tidak mahu jika agama Islam atau apa juga agama di negara ini dipersendakan.

Mungkin si pemilik akaun bernama Lash Mokhtar ini memiliki pandangan yang sempit. Di sini Sangkakala ini ingin memberitahu bahawa di Malaysia kami mempunyai berbilang kaum, bangsa dan agama, jadi oleh yang demikian kami yang telah selesa hidup secara harmoni berasa amat tidak selesa jika agama atau bangsa atau juga kaum di dalam negara kami menjadi permainan atau persendaan.

Tindakan Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim selaku Menteri Penerangan dan Menteri yang bertanggungjawab tentang setiap penyiaran di negara ini adalah tepat dengan membatalkan konsert tersebut kerana takut ianya akan menjadi masalah kepada penyanyi ini.

Walau pun ada komen di laman tersebut yang mengatakan itu hanyalah body art, ianya tetap telah menghubungkaitkan tentang agama Islam.

Sangkakala harap supaya selepas ini pemilik laman sosial dari negara jiran tidak mencampuri urusan kami di negara ini kerana pentadbiran kami adalah berlandaskan kehidupan majmuk berbilang kaum.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: