Isnin, 13 Februari 2012

PASIR SERUPA EMAS DI SELANGOR

Kumpulan SEMESTA SDN BHD (SEMESTA) yang dilantik oleh kerajaan negeri Selangor untuk menguruskan pengeluaran pasir dan mineral bagi negeri itu ternyata gagal dalam operasi mereka di negeri itu.

Ini berikutan pengeluaran pasir yang tidak terkawal hingga boleh menjadikan pencemaran alam sekitar bertambah buruk.

Rata-rata pengeluaran pasir pada masa kini di Selangor boleh dikatakan tidak dipantau dan dipelopori oleh orang-orang tertentu yang ada kepentingan dalam kerajaan.

Tidak seperti kerajaan Barisan Nasional sebelum ini, Pakatan Rakyat menjadikan sumber pendapatan pasir seolah-olah sumber utama bagi negeri itu. Berbagai kejadian telah terjadi. Permukaan tanah menjadi berlubang contohnya, ianya tidak akan dapat dipulihkan lagi akibat dari kerakusan pengusaha-pengusaha yang menjadikan pasir seperti emas yang di lombong oleh kerajaan Selangor melalui syarikat yang telah dilantik iaitu Kumpulan SEMESTA SDN BHD.

Tambahan pula dengan kenyataan Raja Petra Kamarudin dalam portal milik beliau bahawa sudah ada kejadian tidak diingini terjadi akibat dari perebutan pasir di Selangor.

Dalam portal tersebut juga ada menyiarkan artikel bahawa mantan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Khir Toyo perbah berkata bahawa kerajaan negeri Selangor di bawah kepimpinan Barisan Nasional tidak pernah menjadikan perniagaan pasir sebagai mata pencarian utama kerajaan negeri pada masa itu.

Menurut kata beliau lagi, ini kerana kerajaan Barisan Nasional berpendapat bahawa keindahan alam sekitar perlu dijaga dan jika 100 ekar pasir di korek ianya akan menjadi kecacatan pada alam sekitar dan kos yang besar perlu disediakan bagi menambak semula kawasan tersebut bagi tujuan pemulihan.

Tapi nampak gayanya itu semua bukan ukuran bagi kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor pada masa ini. Negeri Selangor sudah dirobek-robek keindahannya ekoran dari kerakusan pengusaha-pengusaha yang sudah pastinya di kawal selia oleh orang-orang berkepentingan dalam kerajaan. Kerajaan Selangor perlu dikembalikan kepada Barisan Nasional agar alam sekitar yang indah dapat dikekalkan untuk generasi yang akan datang.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

1 ulasan:

Hafiz Al-Din berkata...

Habis lah Selangor kalau macam ni. Kalau BN memerintah, insyaAllah prasarana semuanya baik.