Jumaat, 10 Februari 2012

MAT SABU AKUI PEMIMPIN PR JUGA TAK BUAT PERUBAHAN

Mohammad Sabu atau Mat Sabu yang kin menjawat jawatan timbalan presiden PAS mengakui bahawa pemimpin-pemimpin PR juga tidak berbuat apa-apa apabila menjawat jawatan tinggi dalam kepimpinan sesebuah kerajaan.

"Sebab masalah orang berkuasa sama sahaja. Di mulut cakap 'Amal Makruf Nahi Mungkar', tapi masih tak buat perubahan" katanya kepada wartawan KeadilanDaily

Beliau berkata demikian dalam 'Forum kiri: Kebangkitan Dunia Arab, Apa Terjadi Selepas Setahun' di Dewan Perhimpunan Cina Selangor Kuala Lumpur KLSCAH).

Kepada satu soalan bertanyakan sama ada kerajaan Umno-BN boleh ditumbangkan, Mohamad mengakui ia tidak mudah.

Selaku Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu sendiri nampak gayanya mengakui bahawa PR tidak akan menemui jalan mudah untuk menakluki PutraJaya kerana rakyat Malaysia lebih percaya dan yakin terhadap kerajaan BN.

Mat Sabu juga ada menegaskan bahawa Pakatan Rakyat akan melaksanakan janji-janji yang terkandung dalam Buku Jingga- dokumen bersama yang dirangka untuk membela nasib rakyat.

Persoalannya adakah Mat Sabu lupa bahawa semasa konvension PR di negeri Kedah baru-baru ini, pengerusi pelaksanaan buku jingga telah mengkatakan bahawa menifesto PR akan di dedahkan apa bila Parlimen di bubarkan.

Ini bermakna buku jingga tidak diguna pakai lagi dan segala menifesto yang terkandung di dalam buku jingga adalah semata-mata untuk mengaburi mata rakyat.

Akhirnya Mat Sabu akui semua masalah yang dihadapi oleh pemimpin PR jika memerintah dan bukan mudah untuk menjadi pemerintah di negara ini kerana rakyatnya sentiasa menjaga keharmonian dalam masyarakat.

1 ulasan:

KELISA DURI berkata...

Betul tu semua rakyat yg mencintai keamanan lebih ramai dari yg suka kepada demonstrasi jalanan....