Selasa, 14 Februari 2012

KETUA MENTERI BODOH

Dalam MalaysiaKini hari ini ada artikel yang berbunyi "DAP hari ini menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengulas kenyataan seorang menteri kabinetnya bahawa keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil perlu membayar balik pinjaman mudah RM250 juta yang diberikan kerajaan kepada syarikat projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) milik mereka itu."

Mengikut dari kenyataan diatas, nampaknya DAP tidak mengetahui tentang maksud ayat PINJAMAN. Kita semua tau bahawa setiap pinjaman haruslah dibayar dan tidak perlu sesiapa membuat desakkan termasuklah Perdana Menteri sendiri. Si peminjam, dalam kes ini yang meminjam adalah NFC syarikat yang dimiliki oleh suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, syarikat ini perlu membayar setiap sen yang telah di pinjam tidak kira dari mana sekalipun.

Cuba baca pula kenyataan Setiausaha Agung DAP yang juga merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang ni juga di dalam MalaysiaKini artikel yang sama, "Ini adalah pengakuan kali pertama oleh seorang menteri kabinet bahawa Shahrizat bukan sahaja terlibat kepada skandal lembu dan kondo tetapi juga (mengakui) bahawa kesalahan telah berlaku," kata Lim yang juga mempersoalkan mengapa wang berkenaan harus dikembalikan jika tidak berlaku sebarang penyelewengan."

Kenyataan diatas Sangkakala anggap bodoh yang dikeluarkan oleh seorang Ketua Menteri yang mana kes ini melibatkan NFC dan bukannya DS Shahrizat dan LGE juga berkata seolah-olah bahawa jika tiada penyelewengan maka pinjaman tersebut tidak perlu dibayar.

Nampaknya lepas ni kalau ada diantara pembaca yang meminjam duit kerajaan negeri Pulau Pinang selagi tiada tanda-tanda anda menyeleweng atau tidak dapat dibuktikan anda tidak menyeleweng, maka pinjaman itu tidak perlu dibayar.



Pssttt..Sangkakala nak pindah pi Balik Pulau pinjam duit kerajaan negeri lepas tu tak payah dok bayaq selagi tak seleweng..best la macam tu.






Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: