Sabtu, 11 Februari 2012

KES KFC DAP TUNJUK MEREKA RASIS

Kisah pergaduhan diantara pekerja dengan pelanggan KFC baru-baru ini hangat diperkatakan dan menjadi bualan dari mulut ke mulut. Tidak kurang juga ramai yang membuat spekulasi walaupun tidak berada di tempat kejadian.

MalaysianInsider dalam temuramah bersama saksi yang memuatnaik video kejadian tersebut ke YouTube berkata tidak ada unsur-unsur rasis atau perkauman seperti yang di perkatakan, baik dari pada pelanggan mahupun pekerja terbabit.

Saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Jes 6366 memaklumkan bahawa pelanggan tersebut telah meninggikan suara kepada pekerja tersebut akibat dari kehabisan stok ayam goreng sedangkan jam baru menunjukkan jam 9.30 malam dan kebiasaannya restoran tersebut akan di tutup pada jam 11 malam.

Jes 6366 juga berkata pada awal kejadian, isteri Danny iaitu mangsa telah membawa mangsa keluar daripada KFC, dan disebabkan perasaan tidak puas hati, mangsa masuk semula ke dalam KFC dan menuntut permohonan maaf daripada pekerja terbabit yang menjadi punca pertengkaran itu bertukar menjadi pergaduhan.

Sementara itu, Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng (gambar) berkata pihaknya akan cuba memujuk Danny untuk berdamai dengan pekerja KFC tersebut sekiranya pekerja itu bersedia untuk bersemuka.

KFC juga telah bersetuju untuk berjumpa mangsa pada minggu depan di Ibu Pejabat KFC dan DAP akan menghantar wakil peguam bersama-sama Danny."

Persoalannya disini, kenapa DAP perlu menghantar Peguam bersama-sama Danny pergi ke ibu pejabat KFC? Bagaimana pula dengan pekerja KFC tersebut? Adakah sebab Danny orang cina maka DAP mahu membela beliau dan pekerja KFC itu melayu maka tak perlu dibela?

DAP yang menjadikan kes ini sebagai kes perkauman.

Tiada ulasan: