Isnin, 13 Februari 2012

KES BERAT MB TERENGGANU DIBERI AMARAN

Anggota Jawatankuasa Pas Pusat Datuk Abu Bakar Chik mamberi amaran kepada Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said ekoran kenyataan beliau dalam sebuah akhbar yang mengatakan bahawa PAS adalah 'Parti Ajaran Sesat'.

Abu Bakar juga memberikan tempoh selama tiga hari untuk MB Terengganu berbuat demikian jika dalam tempoh berkenaan beliau tidak menarik balik kenyataan yang dilaporkan oleh sebuah akhbar arus perdana itu, maka tindakan akan diambil terhadap beliau.

Beliau berkata bahawa kenyataan Menteri Besar itu amat berat katanya kepada pemberita dalam majlis Mesra Media bersama Pesuruhjaya dan Pemimpin Pas negeri Terengganu yang turut dihadiri Pesuruhjaya Pas Terengganu Abdul Wahid Endu.

Menteri Besar, ketika berucap pada majlis menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia di Kijal pada Rabu lepas, dilaporkan berkata, perjuangan Pas kini tersasar jauh daripada perjuangan Islam sebenar dan menyifatkan Pas sebagai "parti ajaran sesat".

Jika tuduhan Datuk Seri Ahmad Said itu berat, bagai mana pula dengan 'Amanat Haji Hadi' yang mengatakan tidak perlu memeluk agama Hindu, Buddha atau lain-lain untuk menjadi kafir, memadai jika hanya menyokong dan mengundi UMNO? Apakan tuduhan itu ringan? Kenapa perkara itu dilupakan? Haji Hadi masih hidup, adakah amanat yang satu ketika dulu telah memporak perandakan keluarga, mengorbankan nyawa demi semata-mata amanat tersebut dianggap ringan?

Kita minta PAS khususnya Datuk Abu Bakar Chik pula jawab soalan yang Sangkakala rasa lebih berat ni.

Bila kena batang hidung sendiri semua jadi salah, tapi bila mereka mengatakan sesuatu semuanya betul dan benar.

Pssstt..cuba eja perkataan PAS, kat mana huruf yang mewakili Islamnya? Tolong jawab sikit..
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: