Khamis, 23 Februari 2012

JAMIL KHIR TAK LAYAK JADI MENTERI ATAU AHLI PARLIMEN

Kali ni Sangkakala akan melawan arus, jika posting sebelum ini Sangkakala banyak memihak kepada kerajaan atau pemimpin kerajaan, tapi kali ini Sangkakala rasa perlu bersuara demi keutuhan parti UMNO dan Barisan Nasional.

Ikuti apa yang Sangkakala nak perkatakan disini.

Dari pada seorang penjawat awam kini beliau telah bergelar seorang Menteri, dan diletakkan sebagai Menteri di jabatan Perdana Menteri itulah Datuk Seri Jamil Khir Baharom (gambar) yang dulunya bertugas sebagai Pegawai Pemerintah di dalam Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia .

Apa yang dikhuatiri adakah portfolio beliau pada hari ini selayaknya dijawat hanya semata-mata beliau diakatakan arif tentang agama islam?

Kini dengar cerita beliau sedang sibuk melobi kepimpinan Barisan Nasional khususnya Perdana Menteri memandangkan tempoh masa beliau menjadi senator sudah hampir tamat dan tambahan pula musim pilihanraya umum sudah tiba.

Sangkakala juga ada dengar cerita sekarang beliau kini sibuk bercerita bahawa Perdana Menteri berkehendakkan beliau di kawasan tersebut. Jika benar Perdana Menteri sudah memberikan mandat kepada beliau, kenapa perlu beliau canang sana sini tentang perkara itu.

Jika beliau benar-benar ingin berjuang untuk menegakkan agama islam dalam kerajaan, kenapa perlu beliau pergi ke bahagian dimana beliau menjadi ahli kepada UMNO dan bertindak menghasut ahli2 dibahagian tersebut untuk memilih beliau sebagai Ketua Bahagian UMNO dan seterusnya sudah pasti beliau akan mengharapkan supaya dipilih sebagai calon Ahli Parlimen.

Ini tidak menepati ciri-ciri seorang pemimpin yang membawa imej keagamaan khususnya agama islam dalam kerajaan.

Perlu ingat, bahawa jawatan yang ada kini hanyalah dilantik dan bukan dipilih oleh rakyat, jika bertanding nanti mampukah beliau menjadi winable candidate seperti yang di kehendaki oleh Perdana Menteri, atau nanti kenangan hanya tinggal kenangan.

Sedangkan baru diletak sebagai Senator bermacam hal sudah mampu dibangkitkan oleh pihak pembangkang, mampukah nanti Perdana Menteri bertindak sekali lagi menjernihkan kekeruhan yang diciptakan oleh beliau.


Harap-harap Perdana Menteri pertimbangkan sehalus-halusnya perkara ini, bukan semua Senator bila diletakkan sebagai calon mereka mampu memberi kemenangan kepada kerajaan Barisan Nasional.

Cerita ini tidak habis disini, masih ada lagi yang Sangkakala akan dedahkan nanti. Nantikan sambungan kisah Datuk Seri Jamil Khir Baharom dari Sangkakala..