Khamis, 23 Februari 2012

HARI BERDARAH BUKIT KEPONG

Al-fatihah, tarikh yang sama dengan hari ini pada 23 February 1950 telah terjadi satu peristiwa yang pasti tidak akan dilupakan oleh penduduk Bukit Kepong apatah lagi pasukan Polis yang berkhidmat pada ketika itu.

Kejadian yang menyayat hati ini telah menyaksikan kekejaman Komunis dalam perjuangan bersenjata mereka untuk menjadi pemerintah di negara ini.

Gambar yang Sangkakala letakkan di sini Sangkakala ambil dari laman blog kairulizwan.wordpress.

Mungkin yang seusia dengan Sangkakala tidak mengetahui kejadian ini kerana masih belum di lahirkan lagi. Tetapai peristiwa sejarah Bukit Kepong ini telah diadaptasi oleh Tan Sri Jins Samsudin dalam filem Bukit Kepong sedikit sebanyak telah memberi pengetahuan dan pengajaran kepada semua tentang betapa kejam dan hinanya perjuangan Komunis.

Sangkakala juga pernah mengeluarkan artikel tentang kekejaman komunis satu ketika dulu dimana Sangkakala telah mengeluarkan kenyataan dari seorang bekas angkatan tentera yang berkhidmat semasa komunis masih bermaharaja lela dihutan2 semenanjung.

Kerana itu jugalah, Sangkakala merasakan bahawa adalah amat tidak bermoral apabila seorang pemimpin dari PAS yang baru saja memegang jawatan kedua tertinggi telah menidakkan bahawa pejuang-pejuang yang telah terkorban di Bukit Kepong sebagai wira negara, malah beliau mengangkat orang yang telah menjadi petualang pula dikatakan sebagai pejuang kemerdekaan kononnya.

Jadi disini, Sangkakala menyeru kepada semua anak-anak muda yang seumur dengan Sangkakala (bawah 40 tahun) supaya kita sama-sama mempertahankan tanah air ini walau dengan apa cara sekalipun.

Janganlah kita gadaikan tanah bertuah ini yang pernah di banjiri dengan darah dan keringat pejuang kita dahulu sewenang-wenangnya. Jika kita tidak mampu memberi kebebasan, kita kekalkanlah kebebasan itu, tinggalkan serta wariskan keamanan negara ini kepada waris kita kelak supaya nanti mereka tidak berkata tentang kita yang gagal mengekalkan keamana untuk mereka.

Tiada ulasan: