Isnin, 6 Februari 2012

HADI AWANG DALAM DILEMA

Tuan Guru Haji Hadi Awang selaku Presiden PAS kini nampaknya tiada pilihan lain lagi setelah terjerat dengan ikatan yang dilakukan oleh PAS bersama-sama PKR dan DAP.

Lebih menyedihkan lagi apa bila Presiden PAS itu yang begitu menyayangi Datuk Dr Hasan Ali terpaksa memecat atau membuang keahlian EXCO kerajaan negeri Selangor itu semata-mata untuk memuaskan hati pemimpin PKR dan DAP.

Dalam permainan yang sudah tentunya di dalangi oleh DAP ini sudah tentunya memperlihatkan DS Hadi serba salah dalam membuat keputusan dalam memimpin parti PAS.

Jika dulu pemimpin PAS berkata sudah cukup untuk menjadi kafir hanya dengan menjadi ahli atau bersama-sama dengan UMNO kerana UMNO bersama-sama dengan MCA dan MIC kini kata-kata itu ibarat menepuk air di dalam dulang, bahkan ianya menjadi lebih teruk lagi apa bila campur tangan pemimpin PKR yang tidak menyenangi tindakan Dr Hasan Ali kerana mengkritik Anugerah Tuhan (seperti kata Wan Azizah) iaitu DS Anwar Ibrahim.

Pembaca sekalian, satu ketika dulu PAS melancarkan jihad untuk menentang UMNO, kini PAS terpaksa menentang orang dalam parti sendiri atas arahan PKR serta DAP.

Mana pegi amanat yang telah di sediakan oleh pemimpin PAS beberapa puluh tahun dahulu? Berapa ramai yang menjadi korban seperti peristiwa Memali contohnya, gara-gara terlalu taksub untuk mati sebagai Syuhada atau mati Syahid demi menentang UMNO dan apa sudah jadi kepada PAS sekarang?

PKR dan DAP hanya menggunakan kesempatan terhadap kelemahan PAS dalam mencari ruang dan peluang untuk memerintah. Hingga lupa bahawa perpaduan orang melayu dan umat islam di negara ini adalah begitu penting.

Baru-baru ini DS Hadi menyatakan bahawa beliau tidak akan bertanding lagi di dalam PRU 13, ini kerana tidak lain dan tidak bukan pemimpin PAS ini merasakan bahawa PAS sudah tidak boleh dilabel sebagai parti Islam lagi seperti dahulu.

Kita semua tahu bahawa DS Hadi adalah seorang pemimpin yang berpegang kepada prinsip. Dan kini prinsip beliau untuk membangun bersama Islam sudah pasti tidak kesampaian setelah berpadu tenaga bersama-sama Pakatan pembangkang.

Dengan omongan kosong Anwar berkenaan 16/9 bahawa mereka akan menakluki PutraJaya, DS Hadi mungkin merasakan jika beliau terus bersama-sama pembangkang beliau juga akan terjerumus di dalam fitnah serta bersekongkol untuk menggadai negara ini ke tangan negara asing.

Sangkakala mengucapkan tahniah kepada DS Hadi yang telah melihat perkara ini sebagai perkara yang begitu serius dan tidak lagi mahu bersekongkol bersama-sama peliwat bersiri iaitu Anwar Ibrahim

Tiada ulasan: