Ahad, 26 Februari 2012

FAKTA SEJARAH MELAKA PERLU DIUBAH

Sangkakala berjalan-jalan di Jonker Walk Melaka semalam. Semasa dalam perjalanan dikawasan jualan tersebut, Sangkakala terpandang sebuah makam yang dipercayai makam Hang Kasturi salah seorang pahlawan Lagenda 5 beradik seangkatan dengan Hang Tuah yang menjadi lambang kepahlawanan Melayu.

Sangkakala terpanggil untuk masuk ke dalam kawasan makam walau pun jam sudah menunjukkan pukul 7 malam.

Bukan kerana apa, Sangkakala ingin menyedahkan al-fatihah untuk arwah.

Apa bila Sangkakala sudah berada didalam kawasan makam, Sangkakala ternampak papan kenyataan yang terletak di sebelah kiri pintu masuk makam.

Sangkakala membaca dengan teliti setiap ayat dan baris perkataan yang tertera di situ, apa yang menjadi pertanyaan Sangkakala, dalam kenyataan tersebut ada tertulis yang mengatakan bahawa Hang Kasturi telah mengamuk di negeri Melaka apabila Hang Tuah dihukum bunuh oleh Sultan akibat dari fitnah yang dilemparkan oleh Pateh Karma Seri Wijaya.

Sangkakala terfikir sejenak, sebab dalam sejarah kepahlawanan melayu ada menyatakan bahawa yang mengamuk ialah Hang Jebat kerana tidak puas hati apa bila Hang Tuah yang begitu setia dihukum mati oleh Sultan dan kerana terlalu sayangnya si Jebat pada si Tuah yang sudah dianggap sebagai saudara kandung.

Sangkakala minta kepada Jabatan Muzium Negeri Melaka supaya menyemak semula perkara ini, dan jika didapati ianya tidak mengikut sejarah asal, Sangkakala minta Jabatan Muzium mengbah semula fakta sejarah tersebut, kerana Sangkakala amat mangagumi Pahlawan 5 bersaudara ini kerana kehandalan, keberanian serta kesetiaan mereka dalam menjadi pembela.


Pssttt..Jangan sampai Tok Ali pegi tengok..nanti dia mengamuk macam Hang Jebat sebab dia amat cintakan sejarah negeri Melaka.

Tiada ulasan: