Isnin, 19 Disember 2011

KENYATAAN LOKMAN ADAM EXCO PPUM TENTANG MAHASISWA DAN AUKU

Walaupun kami menyokong penuh cadangan kKerajaan BN untuk meminda AUKUn kita mengutuk sekeras-kerasnya tindakan biadap individu terlampau Adam Adli bin Abdul Hamid yang menurunkan bendera PM kelmarin.

Namun saya tidak sesekali bersetuju dengan pendekatan memusuhi Mahasiswa yang diambil sesetengah pihak. Harus dibezakan tindakan seorang individu bertaraf Mahasiswa dengan pendirian majoriti mahasiswa yang jauh lebih matang dari beliaum

Tindakan aAdam aAdli saya anggap hanya satu tindakan bacul kerana tindakan beliau menurunkan bendera tersebutdibuat secara curi-curi tatkala hadirin memberikan tumpuan kepada ucapan YB Dato' Saifuddin. itupun bendera yang beliau pilih untuk diturunkan adalah bendera yang paling jauh dari Bangunan UMNO, iaitu bendera yang terletak di hujung parking lot kita.

Kehadiran 2 panglima Tempang Peliwat Negara mengiringi Adam Adli untuk membuat laporan polis hari ini iaitu Samsul Iskandar Md Akin dan Badrul Hisham Shahrin menyerlahkan lagi hakikat bahawa Adam Adli hanyalah perkakas pembangkang yang terdesak mencari isu untuk mengalih tumpuan rakyat daripada isu liwat dan video lah yang melanda ketua mereka.

Saya juga ingin menegaskan disini bahawa Kerajaan BN di bawah pimpinan Dati Seri Najib Tun Razak telahpun mengumumkan bahawa AUKU akan dipinda tidak lama lagi.

Jika ada yang benar-benar ingin menyumbang pendapat berhubung pindaan tersebut, gunakan sessi meja bulat yang pihak kerajaan sediakan. Ambillah peluang yang disediakan untuk menyuarakan pendapat dan pandangan anda. Cubaan untuk mendesak kerajaan meminda AUKU selepas pengumuman cadangan itu dibuat, hanyalah satu tindakan yang boleh kita anggap sebagai mencari publisiti murahan. Moga rakyat dapat menilai apa yang dilakukan oleh pihak pembangkang ini.

Tiada ulasan: