Isnin, 21 November 2011

PAS MENYOKONG KEGANASAN

Parti Islam Semalaysia atau PAS terbukti menyokong keganasan walaupun parti itu membawa fahaman Islam yang terbukti inginkan kedamaian dalam masyarakat.

Ini jelas dibuktikan apabila Dewan Pemuda PAS Pusat atau DPP menyelar kenyataan Datuk Seri Hishamuddin Tun Husin yang merupakan Menteri Dalam Negeri bahawa penahanan 13 orang penjenayah beserta dengan senjata api adalah berdasarkan bahawa penjenayah tersebut adalah amat berbahaya kepada Negara.

Sangkakala membuat kesimpulan bahawa pAS memang menyokong kegiatan keganasan apa bila DPP hari ini menyatakan bahawa Datuk Seri Hishamuddin membuat kenyataan tersebut sebagai jawapan melepaskan diri.

Sepatutnya DPP tidak mempertikaikan atau mempolitikkan isu tersebut kerana ianya adalah soal keselamatan Negara dan rakyat.

PAS mempersoalkan tentang akta ISA yang dimansuhkan oleh kerajaan Malaysia tetapi digunakan untuk penangkapan 13 penjenayah tersebut. Jika isu keselamatan Negara yang begitu serius diperkotak-katikkan oleh pemimpin-pemimpin PAS adakah Negara ini akan selamat jika Pakatan Pembangkang menjadi pemerintah nanti?

PAS serta parti bersekutunya sanggup untuk menggadaikan tanah air demi  untuk menjadi pemerintah tanpa mengira ancaman kegiatan keganasan yang cuba dicetuskan.

Ini bermakna jika Pakatan Pembangkang memerintah maka kegiatan keganasan akan terus berleluasa dan akan membuatkan pelabur-pelabur menjadi takut untuk melabur di Negara ini dan ini sudah pastinya akan merugikan Negara dan Negara ini akan menjadi miskin oleh kerana tindakan yang PR lakukan.

Tiada ulasan: