Rabu, 21 September 2011

TERNYATA PAS TAK BOLEH BEZAKAN ANTARA POLITIK DAN SENSITIVITI





PAS ternyata memang tidak dapat membezakan antara politik dan juga sensitiviti masyarakat.

Dakwaan ini Sangkakala buat berdasarkan dari apa yang dikatakan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat yang bercakap melalui akhbar Keadilan yang mana beliau mengatakan apa yang di janjikan oleh Perdana Menteri Malaysia tentang tiada lagi penangkapan berhubung dengan politik.

Nampaknya Ketua Penearangan PAS ini juga tidak tahu apa itu penangkapan berhubung dengan isu politik.
Ini semua berikutan penangkapan Mat Sabu yang dilakukan oleh PDRM baru-baru ini dan pendakwaan yang dilakukan keatas Mat sabu semalam, yang mana mahkamah menetapkan bahawa Mat Sabu perlu membayar jaminan sebanyak RM 15000.00 sebagai jaminan.

Untuk makluman semua, penangkapan serta pendakwaan Mat Sabu adalah berdasarkan laporan polis yang dibuat keatas kenyataan beliau dalam ceramah yang mengatakan bahawa Mat Indera salah seorang ketua komunis di Johor sebagai pejuang kemerdekaan.

Ini telah menaikkan kemarahan waris-waris mangsa kekejaman komunis dan mereka ini telah bertindak dengan melaporkan perkara berkenaan kepada pihak berkuasa.

Penangkapan Mat Sabu atau Mohammad Sabu adalah berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh waris-waris tersebut dan ini membuktikan bahawa tiada unsure-unsur politik dan Mat Sabu tidak ditangkap di bawah Akta Hasutan (ISA)  sepeti yang didakwa oleh Tuan Ibrahim Tuan Man di dalam Akbar Keadilan.
Rakyat perlu menilai sejauh mana fahaman PAS dalam politik sekiranya PR menjadi kerajaan di Malaysia.

Sedangkan perkara seperti ini PAS tidak boleh nak bezakan apatah lagi dengan hal-hal yang lain.  Fikir-fikirkanlah, jangan nanti PAS jadi kelam-kabut seperti sekarang hanya kerana tunduk kepada DAP dan PKR, demi kuasa mereka sanggup untuk meletakkan segala kesalahan pada BN dan UMNO.

Tiada ulasan: