Sabtu, 17 September 2011

KALAU DAH KURANG AJAR,TETAP KURANG AJAR


Kenyataan Ahli Dewan Undangan Kota Alam Shah (M.Manoharan) baru-baru ini di dalam laman Facebook boleh kita anggap sebagai satu penghinaan kepada negara dan seluruh rakyat Malaysia. Beliau dalam kenyataan di laman sosial miliknya itu  secara terang-terangan menyatakan jika PR yang diterajui oleh PKR memerintah negara ini akan menukar Jalur Gemilang kerana beranggapan bahawa Bendera tersebut menyerupai bendera US.

Adakah ADUN DAP ini cuba untuk menjadikan bendera malaysia macam bendera bintang 3 jika PR menang pada pilihanraya akan datang?

Bagi sangkakala, haram jadah ni bukan saja menghina negara dan rakyat Malaysia, malah beliau juga menghina  DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di pertuan Agung, kerana bendera adalah lambang sesebuah negara dan negara kita mempunyai institusi raja-raja melayu, yang mana ianya juga menjadi lambang keaggungan negara ini.

Sebelum ini beliau juga ada memasukkan gambar ayat suci al-quran (doa masuk tandas) yang di ambil dari kawasan rehat&rawat di lebuh raya, ini juga seolah-olah mempersendakan ayat suci al-quran yang menjadi pegangan umat islam bukan saja di Malaysia malah di seluruh negara.

Inilah dia rupa pemimpin-pemimpin yang mengatakan persefahaman dengan Parti Islam seperti PAS. Jika mereka ini dipilih lagi dalam PRU yang akan datang nescaya negara ini akan huru-hara.

Sangkakala juga yakin dan percaya,bahawa manoharan ni berani mengeluarkan kenyataan ini berikutan dengan kenyataan dalam ucapan Mat Sabu berkenaan dengan Parti Komunis Malaya (PKM) dengan mengiktiraf Mat Indera sebagai pejuang kemerekaan.

Ingatlah rakyat Malaysia, generasi kita yang terdahulu telah berjuang untuk kesenangan kita pada hari ini, kita pula kena berjuang untuk generasi akan datang, dan akan berterusan begitu. Jika hari ini kita tidak perjuangkan untuk generasi kita yang mendatang, pasti anak cucu kita nanti akan memaki kita dengan mengatakan kita generasi terdahulu mereka yang bacul dan penakut dalam memperjuangkan kesejahteraan mereka.

Tiada ulasan: