Khamis, 28 April 2011

ULAMAK PUN KENA FITNAH

Baru-baru ni kita digemparkan dengan kenyataan Timb. Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Harun Din Al-Hafiz yang mengatakan bahawa haram jika kita membaca Utusan Malaysia kerana akhbar tersebut banyak mengandungi fitnah. Kenyataan ini di buat dalam akhbar Suara Keadalian.
Hari ini, Datuk Dr Harun Din mengatakan bahawa beliau tidak pernah berkata begitu kerana beliau juga adalah pembaca tetap Utusan Malaysia, nampaknya Suara Keadilan yang tidak boleh di baca kerana telah membuat fitnah terhadap Harun Din.
Yang peliknya, kenapa suara keadilan sanggup mengeluarkan kenyataan begitu? Bukankah Harun Din adalah Timb. Mursyidul Am Pas dan bukankah PAS itu parti komponen dalam Pakatan Rakyat?
Sekarang kita dah lihat bagaimana Suara Keadilan memutarbelitkan apa yang telah dikatakan oleh Harun Din. Jika anggota mereka sendiri di fitnah, apatah lagi BN yang sememangnya menjadi musuh kepada parti Keadilan.
Apa yang lebih menarik dalam kenyataan Hadrun Din hari ini, beliau adalah pembaca tetap Utusan Malaysia. Ini bermakna Utusan Malaysia adalah wadah penyampaian maklumat yang telus dan boleh diterima oleh mereka yang bergelar ulamak.
Di harap kepada semua pembaca-pembaca untuk memikirkan semula apakah Suara Keadilan itu benar-benar menyampaikan apa yang sepatutmya di sampaikan. Adakah mereka ikhlas dalam setiap penyampaian mereka.

Tiada ulasan: