Sabtu, 23 April 2011

KERAJAAN KEDAH BANKRUP

Menteri Besar Kedah,Datuk Seri Azizan Razak mengatakan dalam kenyataan akhbar beliau baru-baru ini, kerajaan negeri Kedah kehilangan 50 juta setahun kerana telah memberikan pengurangan cukai tanah kerajaan kepada rakyat.
Jika kita kaji semula kenyataan ini, adakah Datuk Seri Azizan merasa kesal kerana memberi pengurangan cukai ini? Dari apa yang sangkakala lihat jika keadaan ini berterusan bagaimana kerajaan negeri Kedah mahu meneruskan agenda pembangunan negeri jika kerajaan negeri tidak mempunyai sumber kewangan.
Sangkakala juga mendapat maklumat bahawa negeri Kedah juga kekurangan pelabur untuk membantu pembangunan negeri. Adakah selepas ini kerajaan negeri Kedah yang kini di bawah pemerintahan kerajaan PAS akan menunding jari kepada kerajaan Pusat dengan mengatakan kerajaan pusat tidak memberi bantuan kepada kerajaan Negeri.
Dari apa yang sangkakala dengar, kerajaan pusat telah mengeluarkan peruntukan sebanyak RM 3.38 billion pada tahun ini untuk membiayai perbelanjaan mengurus serta perlaksanaan projek-projek pertanian pada tahun ini. Itu bukan jumlah yang kecil bagi sebuah negeri seperti Kedah. Kemana duit kerajaan Negeri untuk menguruskan pembangunan pertanian negeri.
Macam yang sangkakala katakan tadi, kerajaan negeri Kedah tidak akan mampu untuk melaksanakan pembangunan di negeri kedah sekiranya perkara ini terus berlaku. Kini kerajaan negeri Kedah cuba untuk menaikkan cukai tanah UUM kerana mungkin mereka merasakan UUM adalah milik kerajaan pusat dan mereka mengharapkan supaya kerajaan pusat dapat membayar cukai berkenaan bagi membantu membiayai projek pembangunan negeri Kedah.
Tidakkah mereka fikir bahawa UUM itu adalah satu tempat  di mana anak-anak bangsa kita pergi untuk menuntut ilmu. Kerajaan Kedah juga mencabar Kementerian Pengajian Tinggi supaya menyerahkan urustadbir UUM di serahkan kepada kerajaan negeri Kedah. Mampukah mereka menjalankan tugas-tugas tersebut. Baru-baru ini kita juga telah digemparkan dengan arahan mengosongkan premis bagi sebuah sekolah maahad tahfiz oleh kerajaan Negeri Kedah. Apa motif sebenar kerajaan PAS dalam mereka ingin memerintah sesebuah negeri.
Apa yang pasti, kerajaan Negeri Kedah tidaklagi mampu menguruskan negeri Kedah dan sangkakala rasa jika PAS masih diberi kuasa untuk mentadbir negeri, maka negeri kedah akan mengalami kemunduran dalam bentuk ekonomi dan pembelajaran, dengan erti kata lain Kedah akan bankrup ekonomi dan bankrup pendidikan  

Tiada ulasan: