Sabtu, 16 April 2011

KEMANA ARAH PR SARAWAK LEPAS NI

Sangkakala berasa amat gembira dan memanjatkan kesyukuran kepada Allah di atas kemenangan BN di Sarawak pada PRN hari ni, kalau kita dengar dari apa yang dikatakan oleh pembangkang d Sarawak selama tempoh kempen hari tu, berbagai-bagai spekulasidi berikan oleh puak-puak PR ni. Ada juga yang mengatakan bahawa rakyat Sarawak sudah tidak lagi menerima kepimpinan dan parti Barisan Nasional.

Hari ni telah terbukti apa yang mereka katakan semuanya salah, rakyat Sarawak masih lagi memerlukan sebuah kerajaan yang kukuh dan stabil, tentang berapa lama seseorang pemimpin tu memerintah tidak menjadi masalah kerana selagi pemimpin itu boleh memerintah dengan baik biarkan, satu hari pemimpin tersebut akan turun dengan sendirinya.

Tahniah sangkakala ucapkan kepada semua jentera Barisan Nasional di Sarawak. Dengan kemenangan di Sarawak ini maka semboyan pertama telah berbunyi yang menandakan bahawa negeri-negeri di semenanjung akan jatuh semula ke tangan Barisan Nasional. Harap lepas  ni semua ketua-ketua parti pembangkang beli tiket kapal terbang untuk lari dari Malaysialepas PRU nanti....

Tiada ulasan: