Sabtu, 2 April 2011

jangan-percaya-janji-pembangkang

Hari ini saya di panggil untuk mendedahkan apa yang telah terjadi di negeri2 di semenanjung selama pakatan pembangkang memerintah..
Pembaca sekalian terlalu banyak janji  yang tidak ditunaikan oleh pakatan pembangkang..begitu banyak janji2 yang telah ditaburkan oleh pihak pembangkang sebelum pilihan raya yang lalu..tetapi setelah mereka menang segala apa yang di janjikan hilang semuanya..
Para pembaca yang budiman..pakatan pembangkang ini tidak pernah kehilangan akal untuk membohongi rakyat..saya juga amat yakin dan percaya di negeri Serawak ini juga pelbagai janji telah di taburkan..mereka mengatakan bahawa mereka mampu untuk mengubah segala2nya..tapi pada hakikatnya apa yang mereka katakan itu mereka tau mereka tidak mampu untuk laksanakan..kerana apa mereka masih lagi berjanji walaupun mereka tau mereka tak dapat nak laksanakan? Tidak lain dan tidak bukan itu semua kerana mereka mahukan kuasa bagi membolehkan mereka menggadai segala apa yang mereka mahukan..dan bukanlah untuk membela rakyat..
Kita lihat apa yang telah terjadi di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan..negeri2  ini telah di perintah oleh kerajaan pembangkang..apa pembangunan yang ada? Di Kelantan contohnya tidak ada apa yang dapat di banggakan..anak2 muda terpaksa keluar kerana tiada pembangunan di negeri Kelantan..mereka terpaksa pergi jauh untuk mencari rezeki..seperti pada 27hb march yang lalu..dalam buletin utama tv3 ada mengeluarkan berita bahawa pihak berkuasa tempatan mengarahkan peniaga2 di sebuah pasar di Kota Bharu untuk mengosongkan premis mereka..sedangkan menteri besar mereka sendiri iaitu Datuk Nik Aziz nik mat telah memberi jaminan bahawa tempoh untuk mereka mengosongkan premis tersebut telah di lanjutkan hingga 31 mei..tetapi setelah 2 hari menteri besar memberi keyakinan tersebut..telah keluar satu arahan bahawa peniaga2 ini perlu mengosongkan premis mereka sebelum atau pada 30 april 2011..adakah ini yang mereka katakan kerajaan berkebajikan yang selalu di laungkan oleh pembangkang..
Pakatan pembangkang selalu mengatakan bahawa kerajaan Barisan Nasional tidak memberikan kemudahan kepada rakyat..hanya mereka yang memberi kemudahan dn keselesaan..kita lihat saja di Selangor contohnya..mereka telah menaburkan berbagai janji..tapi hari ini janji hanya tinggal janji..kerana pembohongan ini maka rakyat Selangor telah memberikan kemenangan pada mereka pada PRU yang lalu..apa jadi pada hari ini?
Mereka mengatakan mereka memberikan subsidi air kepada penduduk..tapi tuan2 dan puan2 cuba perhatikan mereka hanya memberi subsidi air sebanyak 20 meterpadu yang berharga lebih kurang rm 10.40 sebulan dan kalau kita kalikan dengan setahun nilainya lebih kurang rm 124.80..cuba kita bandingkan pula dengan subsidi2 yang telah diberikan oleh kerajaan BN sebagai contoh..bantuan untuk para nelayan sebanyak rm 200 sebulan dan jika dikalikan dengan setahun sebanyak rm 2400 telah diberikan..bantuan untuk para petani serta penternak..bantuan untuk rakyat termiskin bagi mengurangkan kadar kemiskinan daripada jabatan kebajikan masyarakat..bantuan anak2 sekolah..subsidi minyak..gas.. makanan dan sebagainya..ini adalah bantuan2 yang telah diberikan oleh kerajaan Barisan Nasional kepada rakyat..ini telah membuktikan bahawa kerajaan ini lebih mementingkan rakyat sesuai dengan slogan Gagasan Satu Malaysia yang telah dilaungkan oleh YAB Perdana Menteri kita..”RAKYAT DIDAHULUKAN..PENCAPAIAN DI UTAMAKAN”..
Kita lihat pula janji2 yang telah diberikan oleh kerajaan pakatan pembangkang di Selangor  sebelum mereka memerintah dulu..meraka menjanjikan akan memberi bantuan bagi setiap anak yang dihantar ke Nurseri atau pusat jagaan kanak2 sebanyak rm 75 setiap orang..hilang entah kemana..mereka menjanjikan bantuan sebanyak rm 50 seorang kepada pelajar2 pra sekolah..juga hilang entah kemana..meraka berjanji akan memberikan bantuan kepada anak2 muda untuk berkahwin..nasib baik ada duit simpanan..kalau takde habis semua anak2 selangor tak kawin..membuka pusat2 rekreasi serta pusat sukan2 mini bagi para belia..kerajaan Barisan Nasional juga sudahnya yang buat gelanggang rakyat dewan dan sebagainya..memberi elaun bagi ibu2 tunggal yang layak..nampaknya ramai yang tak layak dari yang layak..memberi elaun khas kepada suri rumah yang mengambil keputusan untuk menjaga anak2 kecil mereka sepenuh masa..nasib baik mereka ni pandai merancang keluarga dengan  bantuan dari Lembaga pembangunan dan perancang keluarga Negara yang di tubuhkan oleh kerajaan Barisan Nasional..tak cukup dengan itu..mereka juga berjanji akan membantu setiap rakyat selangor  untukmendapatkan rumah sendiri..nasib baik kerajaan mewujudkan beberapa kementerian bagi membantu..kalau tidak ramai le yang duduk bawah jambatan..ada lagi yang mereka janjikan..mereka janjikan akan memberi bantuan perubatan secara percuma kepada golongan warga emas yang berumur 65 tahun keatas..mana dia? Hari ini kerajaan Barisan Nasional telah pun mewujudkan berapa banyak klinik 1 Malaysia..apa yang mereka katakan tidak pernah mereka kotakan..mereka juga berjanji akan mengadakan atau menambah premis2 perniagaan..sedangkan peniaga2 kecil pun mereka usir dari kawasan perniagaan..meraka kata  mereka akan memberi tabung permulaan bagi setiap anak kelahiran Selangor..memberi hadiah 1000 ringgit kepada anak2 selangor yang dapat masuk ke university..rupanya anak Selangor sorang pun yang tak masuk university..kenapa saya katakan begitu? sebab kerajaan pembangkang tidak pernah mengeluarkan duit bantuan tersebut..jadi ini bermakna tiada anak2 selangor yang layak untuk masuk ke university..kalau ada mesti mereka dah keluarkan duit tu betul tak?..mereka bohong je yang sebenarnya..bohong semata-mata..mereka takkan bagi duit tu pun..berapa ramai anak2 selangor yang bijak pandai..dapat masuk ke university tapi mana bantuannya..mereka berjanji akan memberi bimbingan perniagaan pada golongan belia dan wanita muda..tak Nampak apa bimbingan yang mereka berikan..tidak ketinggalan juga apa yang membuatkan orang Selangor memilih mereka dulu..mereka menjanjikan akan mengurangkan cukai pintu kediaman sebanyak 20% dan premis perniagaan sebanyak 10%..sampai hari ni dah 3 tahun..habuk pun tak Nampak..mereka juga mengatakan..meraka akan mengadakan program bagi rakyat termiskin,,petani dan nelayan untuk menjana pendapatan yang lebih..sampai hari juga tiada terlaksana program2 yang di maksudkan..meraka ada mengatakan bahawa system rukun tetangga akan mereka gantikan dengan sistem yang lebih baik..tapi hari ni sistem yang sma masih lagi diguna pakai..mereka juga menipu warga2 emas, orang kelainan upaya atau OKU dan anak2 yatim dengan mengatakan merekan akan memberi caruman takaful sebnyak 2500 ringgit seorang..tuan2 cuba lihat..kerana kuasa mereka sanggup menipu orang2 tua..anak2 yatim..dan orang2 cacat..ini ke kerajaan yang kita mau? Yang paling menyeronokkan bagi kaum wanita dan menyedihkan kaum lelaki..apabila mereka berjanji akan memberikan cuti sebulan kepada wanita yang kematian suami..mungkin kaum wanita Selangor suka kematian suami supaya dapat cuti sebulan tu yang mereka memilih kerajaan pakatan pembangkang..baru-baru ini Datuk Dr Hasan Ali telah mengatakan didalam sidang DUN Selangor, bahawa kadar kelahiran anak tak sah nikah atau lebih tepat anak luar nikah adalah lebih tinggi berbanding negeri-negeri lain iaitu purata sebanyak lebih dari 80 kelahiran sehari di rekodkan kita beralih pula pada negeri Kedah..Menteri Besar Kedah kata sepanjang mereka memerintah takde isu yang keluar..ini bermakna cara pemerintahan mereka baik..para pembaca sekalian..memang takde isu..tapi masalah ada..semasa pemerintahan Barisan Nasional dulu..kita tak naikkan tarif air..tapi baru 2 tahun kerajaan PAS memerintah tarif air dinaikkan..mereka menyalahkan kerajaan pusat sebab kenaikan air..sedangkan kuasa untuk menaikkan atau menurunkan tarif air tu terletak pada kerajaan negeri..nampak tak bagaimana mereka memperbodohkan rakyat..pada 1 April 2011 yang lalu, mereka telah bertindak menghalau pelajar-pelajar sebuah sekolah tahfiz..inilah kezaliman kerajaan berteraskan agama Islam di kedah..mereka sentiasa meletakkan kesilapan mereka pada orang lain..kita lihat pula di Pulau Pinang..apa jadi dengan warong doremi yang mereka robohkan..sedangkan warong tersebut boleh dikatakan tidak menggangu apa2 sekalipun..tapi kerana hendak menunjukkan kuasa mereka..mereka runtuhkan juga warung tersebut..cuba bayangkan jika kita diperlakukan begitu..pemilik warung tersebut tidak diberikan tempat untuk menggantikan warung beliau..sedangkan itu adalah punca rezeki utama pemilik tersebut..
Saya merayu kepada rakyat di Serawak..janganlah gadai bumi bertuah ini kepada pakatan pembangkang yang tidak tahu hala dan tuju ni..macam yang kita lihat baru2 ni..untuk mengagihkan kerusi DUN pun mereka dah bertelagah sesame sendiri..DAP nak banyak ni..PKR nak banyak ni..PAS nak banyak ni..SNAP nak banyak ni..kalau dari mula ini mereka dah bercakaran..macam mana mereka nak memerintah dengan aman..jadi disini saya merayu kepada semua rakyat negeri Sarawak supaya memberikan undi kepada calon BN pada hari mengundi yang akan datang..kerana apa saya merayu begini..negeri Serawak sudah menjadi sebahagian dari negeri saya..sebab apa? Isteri saya juga adalah orang Sarawak..pakcik2 dan makcik2 sebelah isteri saya ada di sebuyau..jadi atas dasar ini saya merayu supaya jangan digadaikan bumi ini kepada pembangkang yang hanya ada janji2 serta angan2 kosong..mereka tidak mampu memerintah seperti mana Barisan Nasional memerintah..mereka tidak mampu mengotakan janji mereka seperti mana apa yang dijanjikan oleh kerajaan Barisan Nasional..HIDUP BN


Tiada ulasan: