Isnin, 14 Mac 2011

BIBLE DALAM BAHASA MELAYU?

Apa motif sesetengah pihak nak bawa bible dalam bahasa melayu masuk ke Negara ni? bukan ke agama rasmi negara ni adalah agama Islam?

Sangkakala rasa ada sesuatu yang perlu kita lihat bila ada pihak cuba membawa bible dalam bahasa melayu
masuk ke Malaysia. Tahniah kepada pihak berkuasa yang telah berjaya mengekang kemasukan bible ke Malaysia.

Dalam kes sebegini sangkakala rasa ada sesuatu yang cuba dilakukan oleh pihak berkenaan untuk membawa masuk kitab tersebut, kalau nak diikutkan kenapa perlu dalam bahasa melayu?

Kita tidak marah atau menghalang mana-mana agama untuk mengamalkan agama mereka di negara ini, tapi harus diingat bahawa apabila bible dalam bahasa melayu di bawa masuk maka semua rakyat termasuk orang melayu islam Malaysia boleh membaca buku tersebut. Ini pun takpe lagi, tapi bila ada sebutan Allah dalam buku tersebut maka apa yang menjadi kebimbangan adalah apabila kanak-kanak membaca buku tersebut maka kekeliruan akan berlaku.

Bukankah baik jika bible yang ada sekarang diguna pakai?

Sangkakala juga berpendapat bahawa ada sesetengah pihak cuba mengelirukan rakyat. Dan lebih tepat lagi sangkakala lebih merasakan bahawa ada individu-individu berfahaman politik cuba untuk mempolitikkan isu tersebut. Mereka-mereka ini akan menyalahkan kerajaan, kononnya kerajaan menghalang kebebasan beragama di negara ini.

Perlu difahami disini bahawa kerajaan tidak menghalang kebebasan beragama dengan erti kata lain bebas untuk mengamalkan agama-agama lain selain dari agama islam di negara ini. Tetapi bukan bebas bermaksud sesiapa boleh menganuti agama-agama lain. Contohnya jika seorang islam tidak dibenarkan untuk menganuti agama lain kerana ianya salah dari hukum syarak. Tetapi individu yang beragama lain boleh memeluk agama islam.

Mungkin ada pertanyaan kenapa orang beragama lain boleh memeluk agama islam tetapi ma pula adalah sebaliknya. Ini adalah berikutan negara Malaysia mempunyai undang-undang syarie dan telah ditetapkan dalam perlembagaan bahawa agama islam itu adalah agama rasmi. Dan rasanya juga agama lain tidak menetapkan bahawa penganut mereka tidak boleh menganuti agama lain.

Ingin sangkakala berikan penjelasan disini bahawa sekiranya buku bible ini dibawa masuk ke dalam negara maka satu masa nanti akan ada orang melayu islam boleh menganggap bahawa semua agama itu adalah sama. Dan penganut agama Hindu, Budha,Kristian serta lain-lain agama juga akan berpendapat begitu.

Akhir sekali sangkakala merayu kepada semua agar kita sama-sama menghormati agama islam seperti mana penganut agama islam menghormati agama lain..dan kepada merekayang cuba untuk mempolitikkan isu ini, sangkakala minta supaya hentikan politik yang melibatkan agama demi menjaga serta menghormati pendirian agama islam.